We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

NAK SIHAT ELAKKAN GULA!



Jangan sentap dengan penulisan ini, tapi inilah hakikat pemikiran kita terhadap gula yang perlu dikupas. Ramai yang teringin nak kurangkan berat badan (nak kurus cantik katanya), tapi masih ramai yang sukar tinggalkan gula. Begitu juga dengan penyakit kencing manis. Ramai yang berjuang melawan kencing manis tapi masih tak boleh tinggalkan minuman manis, kuih muih dan sebagainya. Maka bagaimana? Tahukah kita, gula merupakan punca pelbagai penyakit yang menghantui masyarakat kita sekarang ini? 

Perlu diingat. Gula adalah punca GEMUK! Gula yang berlebihan akan ditukar kepada lemak. Gula merupakan karbohidrat ringkas yang mempunyai nilai glisemik indeks yang tinggi. Indeks glisemik yang tinggi akan menyebabkan obesiti dan badan akan sukar mengawal penyakit. Jika anda pernah mengalami strok atau sakit jantung, pengambilan gula yang tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit tersebut berulang kembali.

Dan juga perlu diingat, gula putih bukanlah satu-satunya gula. Tepung, susu pekat manis, roti canai, beras putih, biskut dan teh tarik juga merupakan gula. Pengambilan makanan dan minuman ini perlulah dikawal.

Berbalik kepada puerh tea. Puerh tea adalah minuman asli tanpa gula. Zero kalori. Itu bentuk asalnya dan sememangnya dinikmati sejak berzaman berpuluh-puluh tahun dahulu lagi oleh masyarakat cina tanpa gula. Walau bagaimanapun, pihak kami di TeaZheng seringkali dihujani dengan pertanyaan dari pelanggan dengan soalan; "boleh campur gula tak?", atau "memang tak perlu campur gula ke? Sikit pun tak boleh?" atau "Saya nak letak gula sikit boleh?"

Soalan ini boleh dikategorikan "mengganggu" dan juga lucu juga dalam masa yang sama. Kami tahu pelanggan berhak bertanya dan kami pun tidak lokek menjawab. Dan sebab itulah artikel ini ditulis untuk memberi lebih pendedehan mengenai bahaya gula. Sesuatu yang "common" minuman kesihatan termasuk chinese tea, puerh tea atau green tea diminum tanpa gula. It's well known! Namun apabila masih ada lagi soalan-soalan seumpama itu diajukan kepada kami, kami menganggap masyarakat Malaysia ini sangat sukar untuk lari dari gula. Semestinya bukan semua, tapi sebahagian sahaja. Dalam masa yang sama, sudah menjadi tugas kami untuk mendidik masyarakat untuk lebih peka dengan pengambilan gula seharian. 

Akhir kata, cukup-cukup lah dengan gula yang kita ambil dari minuman manis yang lain. Di tambah lagi dengan deretan kuih muih, nasi yang berlebihan dan pelbagai lagi makanan yang kaya dengan gula. Takkan lah dengan puerh tea pun masih mahu letak gula? Ini adalah sesuatu kegilaan! Bawalah diri untuk insaf! Bukankah anda beli puerh tea untuk langsing dan sihat serta jauh dari penyakit?

Percayalah...puerh tea sangat tak sedap bila letak gula! Asli jauh lebih sedap!

Sheriffa

Puerh Tea distributor
018 3581121

0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support