We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

Wednesday 18 May 2022

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG



Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang musim perayaan. Banyak makan makanan bergula dan tinggi karbo seperti kuih raya, ketupat dan lemang dalam kuantiti yang tidak terkawal boleh mengundang keradangan. Kesannya badan akan mengalami ketidakselesaan yang berpunca dari perut.

Akibat pemakanan yang tidak terjaga, tubuh mudah menjadi lemah, lemau, berangin, gastrik mudah menyerang, pedih ulu hati, perut mengembung dan juga sembelit. Keradangan yang tidak terjaga atau dibiarkan berlarutan serta berpanjangan boleh berisiko mendapat penyakit yang lebih merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

Jaga makan, jaga minum, lakukan aktiviti fizikal secara konsisten, insyaAllah badan kembali segar dan sihat. Jadikan TeaZheng puerh tea sebagai amalan minuman harian. Teh cina asli tanpa gula yang sememangnya berkhasiat untuk kesihatan. Hanya daun teh yang diperam (proses penapaian). Tiada sedikit pun campuran bahan lain dalam kandungan TeaZheng puerh tea. Tiada pewarna dan juga pengawet. 

Puerh tea boleh diamalkan setiap hari untuk kesegaran tubuh badan. Hubungi kami dengan menekan link whatsapp di bawah untuk mendapatkan info lanjut mengenai TeaZheng puerh tea atau boleh juga terus ke website kami di www.teazheng.com.

#kedaitehcinamuslim


Share:

Sunday 8 May 2022

PROMOSI BERGANDA DENGAN VALUE SET

Promosi berganda!

Siapa yang order value set ni masa promosi memang untung dan jimat tersangat. Harga combo (value set) memang dah semestinya jimat dari order satu-satu.. Kemudian gabung pula dengan promosi raya, bertambahlah jimat berganda-ganda. 😍


Mari kita kira…


Harga asal Bai Ying Shan Wild Red tea + Er Ga Zi green tea = RM280 + RM280 = RM560


Harga value set = RM510 (jimat RM50)


Harga Value Set - Promosi Raya = 

RM510 - 20% = RM408 

(jimat RM152 dari harga asal). 


Red tea dapat, green tea pun dapat. Dua-dua high gred tea quality. Sangat berbaloi dimiliki oleh peminat puerh tea. Puas hati. 


Untuk order, tekan link ini: https://bit.ly/3N4idsh

Dan jangan lupa masukkan promosi code: Raya20 untuk dapatkan penjimatan berganda. Atau boleh juga whatsapp kami di 018 358 1121


Promosi sah sehingga 10 May sahaja. 


#TeaZheng 

#kedaitehcinamuslim

 wasap.my/60183581121/DoublePromotion

Share:

Thursday 5 May 2022

PROMOSI RAYA 2022 - TEH CINA

Makan kuih raya disusuli teh puerh Lao Man E adalah satu nikmat tidak terkata.

Promosi masih ada lagi. Berbaki lagi 5 hari. Jujurnya kali ini ramai yang rebut peluang dengan memilih puerh green tea Lao Man E. Masing-masing nak segarkan balik badan setelah pelbagai juadah dinikmati sepanjang beraya. Perut pun sudah mula meragam kan?

Teh cina puerh memang solusi terbaik. 

Lao Man E ni adalah kategori teh hijau puerh jenis compressed tea (teh mampat). Rasa teh sedikit tajam tapi tetap lembut memikat, dan yang lebih penting tetap memberi kesegaran serta tinggi khasiat untuk tubuh badan seperti di bawah:


Harga asal Lao Man E adalah RM230 seperti yang tertera di website kami www.teazheng.com. Namun, sempena promosi raya, harga Lao Man E hanyalah RM184 sahaja. Jimat kan? Penggunaan Lao Man E pula sehingga 4 bulan. Bertambah berbaloi.

Jangan lepaskan peluang ini. Jika anda juga berminat dengan teh hijau puerh Lao Man E, tekan link ini: https://bit.ly/3w2TayY dan jangan lupa masukkan code promosi: Raya20 untuk dapatkan harga jimat. Sistem website kami akan kirakan untuk anda.

Atau boleh juga whatsapp kami di wasap.my/60183581121 /TeaZheng 

Promosi tamat 10 May 2022. Grab yours! Sihat bersama TeaZheng. 

#TeaZheng
Share:

Tuesday 8 March 2022

TEH CINA ASLI - TEH YANG BERKUALITI

Bila minum teh tapi terpaksa campur gula sebab nak bagi sedap, bermakna teh tersebut tidak mampu berdiri “on its own”. Terpaksa diletakkan bantuan pemanis tambahan untuk rasa yang lebih sedap. Teh tersebut juga tidak lagi sesuai dikategorikan sebagai minuman yang bagus untuk kesihatan. Apatah lagi jika diletakkan pewarna tiruan bagi menyerlahkan warna teh untuk lebih memikat dan mempesona. Tampak lazat dan memikat, namun hakikatnya “racun” dalam diam. Senyap-senyap memakan diri sebab kita amalkan setiap hari.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dalam memilih teh untuk dijadikan amalan harian. Pilih teh yang mampu rasa sedap tanpa tambahan gula, stevia mahupun pemanis tiruan dan juga teh tanpa pewarna tiruan. Ciri-ciri teh begini sebenarnya yang elok dijadikan amalan harian kerana tinggi kandungan antioksida, berupaya melawan virus dan bakteria serta bermanfaat untuk kesihatan. Teh puerh by TeaZheng memenuhi ke semua ciri-ciri yang dinyatakan; tanpa gula dan pemanis serta pewarna tiruan. Malah jika anda mencampurkan gula atau stevia ke dalam teh kami, rasa dan aroma teh yang asli menjadi kurang memikat. Teh kami boleh berdiri “on its own”.

Ingin mendapatkan teh cina asli puerh dari TeaZheng, whatsapp kami dengan menekan link di bawah.




Share:

Saturday 5 March 2022

CRYSTALLIZE HONEY - MADU ASLI YUNNAN

 

Pernah nampak madu berupa begini? Bila dihayati sememangnya seakan ada 2 lapisan. Sesetengah orang yang kurang pengetahuan mengenai kepelbagaian madu di dunia ini, akan cepat menghukum. Ada yang beranggapan, madu sebegini ditambah gula. Kalau datang yang kurang cerdik terus tuduh kata letak gula. Tak beragak-agak. Kalau tanya takper lagi, ini tak.. memang tanya jugak, tapi tanya yang menuduh… “campur gula ke?” “Ehhh gula tak hancurr”.

Nak tanya boleh, tapi biarlah ada common sense and nampak terpelajar sikit. Penjual kalau nak letak gula sangat pun takdelah bodoh sangat nak bagi nampak jelas sampai gula pun tak hancur. Paling tidak boil kasi hancur jadi liquid lah. Takdenya bengap sangat nak bagi nampak jelas gula dicampur.

Buat pengetahuan semua, inilah crystallize honey. Takde campur-campur gula bagai. Tetap asli dan original juga. Terjadinya layer begini disebabkan 3 faktor utama. Pertama, jenis bunga yang lebah pergi sedut madu. Kedua disebabkan suhu musim menuai madu yang dilakukan pada musim sejuk (winter) dan ditambah lagi madu dituai pada ketinggian 1800m dari paras laut. Bentuk muka bumi Yunnan sememangnya bergunung ganang. Dan yang ketiga adalah disebabkan kandungan air (moisture content) yang sedikit berbanding madu lain yang biasa kita lihat.

Disebabkan 3 faktor inilah menyebabkan glucose dalam madu akan crystallized dan mendap ke bawah. Glucose asli, bukan glucose dari gula putih yang ditambah-tambah. Dan efeknya adalah rasa madu akan jadi lebih sedap (lemak manis). Selain itu madu crystallize juga tidak mudah rosak disebabkan kandungan airnya yang lebih rendah.

Take note ya.. madu bila ada layer begini bukan semestinya bermaksud tambah gula putih. Tak pernah nampak, hari ni dah nampak. Tak tahu, hari ni dah tahu. Bagi anda yang berminat nak mendapatkan Crytallize Yunnan Honey, boleh tekan link whatsapp di bawah. Sebotol besar (750g) berharga RM150, manakala botol kecil (145g) berharga RM35 sahaja. Atau boleh juga terus walk in ke kedai kami untuk rasai dulu keunikan dan kelainan rasa Yunnan Crystallized Honey.



Yunnan Crystallize Honey

Share:

Thursday 3 March 2022

TEH CINA ASLI - TEH YANG BERKUALITI

Bila minum teh tapi terpaksa campur gula sebab nak bagi sedap, bermakna teh tersebut tidak mampu berdiri “on its own”. Terpaksa diletakkan bantuan pemanis tambahan untuk rasa yang lebih sedap. Teh tersebut juga tidak lagi sesuai dikategorikan sebagai minuman yang bagus untuk kesihatan. Apatah lagi jika diletakkan pewarna tiruan bagi menyerlahkan warna teh untuk lebih memikat dan mempesona. Tampak lazat dan memikat, namun hakikatnya “racun” dalam diam. Senyap-senyap memakan diri sebab kita amalkan setiap hari.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dalam memilih teh untuk dijadikan amalan harian. Pilih teh yang mampu rasa sedap tanpa tambahan gula, stevia mahupun pemanis tiruan dan juga teh tanpa pewarna tiruan. Ciri-ciri teh begini sebenarnya yang elok dijadikan amalan harian kerana tinggi kandungan antioksida, berupaya melawan virus dan bakteria serta bermanfaat untuk kesihatan. Teh puerh by TeaZheng memenuhi ke semua ciri-ciri yang dinyatakan; tanpa gula dan pemanis serta pewarna tiruan. Malah jika anda mencampurkan gula atau stevia ke dalam teh kami, rasa dan aroma teh yang asli menjadi kurang memikat. Teh kami boleh berdiri “on its own”.

Ingin mendapatkan teh cina asli puerh dari TeaZheng, whatsapp kami dengan menekan link di bawah.



#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng


Share:

Tuesday 3 August 2021

KENAPA KITA PERLU BERGERAK? (UNTUK ANXIETY DAN DEPRESSION)

Image Google

Pernah tak terfikir kenapa istilah penyakit anxiety, kemurungan dan sewaktu dengannya) payah nak serang nenek moyang kita? Penyakit yang dikaitkan dengan penyakit mental atau ketidakseimbangan emosi ini seakan merebak di zaman moden dan serba canggih. Menurut ulasan yang diberikan oleh Dr. Nordin Darus melalui youtube beliau, orang dulu-dulu lebih sihat, payah nak kena penyakit mental, anxiety, keresahan melampau kerana banyak bergerak. Bergerak yang natural bukan "dipaksa".

Contohnya nak makan kena memasak sendiri. Nak masak kena ada kayu api, kena ada bahan-bahan masakan, perlu bercucuk tanam untuk mendapatkan bahan mentah. Proses mendapatkan kayu api, bercucuk tanam dan sebagainya adalah pergerakan natural yang memberi impak yang besar ke atas kesihatan mental. Fizikal pun semestinya menyihatkan badan.

Memasak menggunakan kayu api memang sedikit memenatkan tetapi menyihatkan badan

Contoh lain lagi adalah seperti berjalan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Rata-rata sekarang kita mempunyai kenderaan untuk memudahkan pergerakan. Kelebihannya menjimatkan masa dan tenaga. Namun tanpa kita sedar, meminimakan pergerakan seharian memberi kesan yang tidak baik ke atas fizikal dan juga emosi. Kenapa?

Pergerakan atau aktiviti fizikal ini berupaya merembeskan pelbagai hormon dan neurotrasmitter yang berfungsi secara langsung untuk kesihatan otak dan juga mental serta emosi seperti oxytocin, dopamine, serotonine dan sebagainya. Oxytocin yang dirembeskan juga dikenali sebagai "Love hormone". Kehadiran oxytocin boleh dibayangkan seperti kita sedang bercinta. Orang yang dilamun cinta adalah orang yang tengah bahagia. Selain itu aktiviti fizikal juga boleh merembeskan dopamine, sejenis neurotrasmitter yang berfungsi membantu otak berfikir dan membuat keputusan dengan baik. Kehadiran dopamine juga boleh menyebabkan kita merasakan keseronokan, kepuasan dan juga bermotivasi. Begitu juga dengan kehadiran hormon serotonin yang memberi kesan ke atas keseluruhan badan, otak serta mental yang sihat. Kehadiran serotonin memberi kesan yang positif ke atas tidur yang berkualiti, penghadaman dan juga pemakanan. Serotonin adalah hormon utama untuk kestabilan emosi, perasaan gembira dan bahagia. Hormon ini juga dikenal sebagai "happy hormon".

Memang benar, aktiviti fizikal dan pergerakan ini kelihatan penat, namun memberi kesan yang besar ke atas minda dan emosi. Aktiviti fizikal zaman dahulu lebih ke arah "bermain" dengan alam. Sentuhan alam ada tenaga dan ion tersendiri untuk kesihatan tubuh badan. Di zaman moden ini kehidupan harian kita juga penat. Namun penat di zaman moden berbeza berbanding penat di zaman nenek moyang kita. Penat kita tiada sentuhan alam. Kita penat di pejabat. Kita penat duduk terlalu lama mengadap komputer menyiapkan tugasan. Kita  juga penat mengadap kesesakan lalu lintas sehari-hari. Semua ini penat yang tiada sentuhan atau tindak balas dengan alam. Tiada tenaga positif yang diserap sebagai ganti. Tiada hormon gembira dan cinta yang dirembeskan badan. Akibatnya, badan dan emosi kita letih dan tidak stabil. Membawa kepada gejala stress dan depression.

Bertambah parah apabila sekarang hampir kesemuanya di hujung jari. Nak makan kita boleh tekan-tekan dan rider hantar depan pintu. Kerja rumah banyak dibantu peralatan canggih yang mengurangkan pergerakan. Malah, ada sesetengah tugasan, langsung kita boleh guna "robot".

Peruntukan masa untuk keluar menghirup udara segar

Justeru, demi menjaga kesihatan mental kita di zaman maju ini, kita wajar kembali "bergerak". Perbanyakkan pergerakan dalam kehidupan harian. Memang benar, bergerak semulajadi bukanlah bermakna kita terpaksa kembali bercucuk tanam atau memasak guna kayu api sebagaimana nenek moyang kita dulu. Mustahil untuk diamalkan sekarang untuk kawasan yang sudah maju. Namun hendak atau tidak, kita wajib sentiasa bermesra dengan alam. Peruntukan masa untuk keluar berjalan melihat kehijauan. Masuk kampung, pergi ke pantai, panjat bukit atau gunung sambil menghirup udara segar dan lebih nyaman. Perbanyakkan sentuhan dengan alam. Fisiologi tubuh akan berubah serta merta. Fikiran lebih tajam, emosi lebih stabil. Kita akan lebih bahagia dengan bergerak dan menyantuni alam semulajadi. InsyaAllah..

TeaZheng
kedaitehcinamuslim 
Share:

Saturday 31 July 2021

BAGAIMANA MENGAWAL TEKANAN?

Sekarang musim orang tertekan. Tertekan akibat virus, PKP, kewangan dan sebagainya yang kadang-kadang boleh membawa kepada kemurungan. Walau bagaimanapun, ada keadaan yang kita boleh kawal, dan ada juga sebaliknya. Kenal pasti apakah perkara yang kita boleh kawal untuk mengelak dari terus menerus hidup dalam tekanan.

Sumber image: Google
Sebagai marhean, contoh perkara yang kita tidak boleh kawal adalah seperti keadaan negara, perbalahan politik dan sebagainya. Maka elakkan diri dari terjebak dengan perkara yang kita tidak boleh kawal. Ianya akan menambah tekanan. Sebaliknya fokus pada perkara yang kita boleh kawal di sekeliling kita untuk meredakan tekanan dan mengelak kemurungan. Antara perkara yang kita boleh kawal adalah seperti pemakanan. Amalkan makanan dan minuman yang sihat dan elak makan makanan yang boleh "triggered" stress. Contohnya makanan bergula tinggi. 

Minuman harian juga kita boleh kawal. Pilih minuman yang mempunyai khasiat meredakan tekanan serta membantu tidur yang lebih lena seperti teh cina puerh. Teh puerh mengandungi L - Theanine yang berfungsi untuk meredakan tekanan dan memberi ketenangan buat pengamalnya. Ketenangan itu sangat penting untuk menjadikan kita berfikir secara waras. Hanya dengan bertenang baru kita mampu nampak jalan bagi setiap kesulitan. 

Kita juga boleh kawal stress dengan bersenam. Bersenam terbukti akan merembeskan hormon "gembira". Orang yang sentiasa bersenam juga mampu berfikir secara waras, tajam dan positif. Jika masih beralasan untuk bersenam, sekurang-kurangnya banyakkan bergerak dalam rutin seharian. 

Ada banyak lagi yang kita boleh kawal dalam kehidupan kita untuk mengelak tekanan makin bertambah berat. Namun, yang paling utama sudah semestinya kena sentiasa kembali padaNya. Jalan keluar setiap kesukaran hanya ada pada Dia yang satu. Jangan malu menadah tangan dan meminta padaNya. Sesungguhnya dia maha pengasih lagi maha penyayang. 


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Share:

Thursday 24 June 2021

ADA KE FAKE PUERH TEA DI PASARAN?

Soalan yang sering juga ditanya pada kami bagi yang baru mengenali chinese puerh tea.

Terus kepada jawapan ==> ADA!

Dan banyak! Dekat Shop** pun berlambak fake puerh tea. Jika individu yang kurang pembacaan mengenai puerh tea atau baru berjinak-jinak dengan puerh tea, perlu lebih berhati-hati ketika membeli puerh tea, anda mungkin menjadi mangsa sindiket puerh tea palsu. Keratan artikel di bawah antara bukti terdapat fake puerh tea di pasaran yang memerlukan anda berhati-hati ketika membuat pesanan apatah lagi jika anda merupakan seorang pengumpul teh puerh (tea collector).


Memang agak sukar mengenal fake puerh tea dengan mata kasar apatah lagi jika tidak biasa minum puerh tea. Tea collector yang mahir mengenai selok belok teh puerh kebiasaannya dapat mengenalpasti fake puerh tea melalui maklumat yang diberikan pada portal jualan teh seperti tempat asal ditanam, di mana simpanan (ageing/storage) dilakukan, nombor siri teh serta nama kilang atau pengeluar bersesuaian atau tidak dengan packaging puerh tea.

Sebagai contoh kita ambil Xigui puerh tea. Jika terdapat penjual yang menyatakan puerh tea Xigui yang dijual di tanam dan di simpan di Kunming, Yunnan, "tea collector" yang mahir akan terus dalam mengenalpasti percanggahan serta keraguan maklumat mengenai Xigui puerh tea kerana sudah sedia maklum Xigui tidak di tanam di daerah Kunming Yunnan, sebaliknya hanya di Lincang, Yunnan. Tempat penanaman puerh tea memainkan peranan penting dalam pengkelasan puerh tea.

Shanghai police sedang menghapuskan dan melupuskan fake puerh tea

Bukan hanya pada tempat puerh tea di tanam boleh dijadikan sumber maklumat, harga puerh tea yang terlalu rendah juga boleh menimbulkan keraguan pada individu yang benar-benar mencari teh puerh asli kerana sudah sedia maklum puerh tea adalah kategori "teh bangsawan" tetapi mampu milik berdasarkan gred dan kategori puerh tea itu sendiri. Sebagai contoh puerh tea BingDao merupakan puerh tea ketegori tinggi gred dan tinggi kualiti. Oleh itu, adalah mustahil harga teh puerh BingDao dapat diperolehi di bawah harga RM200 bagi pasaran Malaysia. Bagi yang kurang arif mengenai puerh tea, anda mungkin terbeli puerh tea palsu "gred tinggi" dengan harga yang rendah atau juga puerh tea gred rendah dengan harga tinggi. Yang pastinya dua-dua adalah palsu.  Di bawah merupakan gambar-gambar proses melupuskan puerh tea palsu oleh Shanghai authority.




Teh puerh adalah teh cina yang tinggi khasiat dan kaya dengan mikrob bermanfaat (khasnya untuk perut) serta tinggi antioxida untuk kesihatan tubuh badan. Terbeli puerh tea palsu adalah satu kerugian kerana manfaat teh puerh yang sebenar tidak dapat diperolehi oleh badan. Nasihat kami, sebelum anda membuat keputusan membeli mana-mana puerh tea, lakukan sedikit kajian dan bacaan terlebih dahulu mengenai puerh tea, pengeluar puerh tea serta pembekal atau penjual itu sendiri. Boleh juga bertanya dahulu dengan tea collector yang mahir dan telah lama berada dalam dunia teh dan puerh tea khususnya. Akhir kata, dapatkan puerh tea dari pembekal yang benar-benar anda yakini.

Hubungi kami dengan menekan link whatsapp di bawah untuk bertanya lebih lanjut dengan chinese puerh tea.


TeaZheng,
Kedai Teh Cina Muslim
Share:

Saturday 19 June 2021

ADA KE PUERH TEA YANG TAK HALAL?

Puerh tea hanya terdiri dari daun teh sahaja. Tiada campuran bahan lain sepanjang pemprosesan. Hanya daun teh semata-mata yang akan melalui proses "pan frying" (dilayukan di atas kuali panas tanpa kehadiran minyak), rolling, pengeringan dan pemeraman (penapaian atau fermentation). Semasa proses fermentasi inilah, akan muncul bakteria-bakteria baik yang memberi kelebihan ke atas kesihatan tubuh badan buat pengamal puerh tea. Maka secara asasnya, semua puerh tea insyAllah halal diminum kerana tiada tambahan langsung bahan lain apatah lagi bahan yang dilarang dalam Islam. 

Walau bagaimanapun, mencari puerh tea keluaran muslim itu lebih afdal. Biar kami berikan penjelasan lebih mendalam. 

Kita ambik satu contoh dalam proses penghasilan puerh tea iaitu proses pengeringan. Sepanjang permerhatian kami, kilang muslim di Yunnan sangat menitik-beratkan soal kebersihan apabila melibatkan proses pengeringan daun teh. Daun teh hanya dikeringkan di tempat khas yang tertutup dan berbumbung (tetapi tetap bercahaya) tanpa kehadiran binatang liar yang boleh keluar masuk ke kawasan pengeringan daun teh seperti anjing, kucing babi dan sebagainya. Kebersihan menjadi keutamaan. Jangan terkejut jika anda ke Yunnan ada pengeluar keringkan daun teh di tepi-tepi jalan sahaja tanpa hiraukan kehadiran binatang liar, anjing terutamanya. Tapi bukanlah bermakna semua pengeluar bukan muslim itu tidak mementingkan kebersihan. Atas pengeluar itu sendiri.


Proses pengeringan puerh tea yang bersih dan teratur

Kami di TeaZheng sebagai pembekal muslim puerh tea di Malaysia sangat menitikberatkan soal kebersihan, maka kami hanya memilih puerh tea keluaran muslim dan mementingkan kebersihan. 

Oleh yang demikian, apa yang boleh kami rumuskan, semua puerh tea itu halal kerana tiada langsung bahan lain ditambah sepanjang puerh tea dihasilkan. Walau bagaimanapun, jika anda pentingkan produk yang halal dan bersih, puerh tea yang mana akan anda pilih? Tepuk dada tanya selera. 


Pemprosesan daun teh puerh

Berminat untuk dapat dapatkan puerh tea dari kami, boleh ke www.teazheng.com atau tekan whatsapp link di bawah:

Share:

Thursday 27 May 2021

PERBEZAAN KEDAI SENSEI DAN KEDAI TEH


Jangan tertukar antara kedai sensei dengan kedai teh cina kerana banyak beza antara kedua-duanya. Kedai sensei jual ubat-ubatan dan supplement berasaskan herba serta berkonsep traditional cina. Di kedai sensei kadang-kadang ada jual teh, kadang-kadang takde langsung. Dan kalau ada pun tak banyak. Mungkin sejenis dua teh sahaja. Tak banyak pilihan teh. Pokoknya kedai sensei fokus ubatan herba cina, bukan teh. 

Kedai teh pula semestinya fokus teh, juga berkonsepkan traditional. Ada banyak jenis dan gred teh. Herba-herba cina lain kadang-kadang ada jual, kadang-kadang takde langsung. Kalau ada pun sejenis dua sahaja. Terbalik dengan kedai sensei tadi. Pokoknya kedai teh fokus teh, bukan fokus herba cina.

Kalau masuk kedai sensei, ubatan herba cina yang nampak dulu. Berderettt.. Kalau masuk kedai teh pula, teh nampak dulu. Penuh rak kiri kanan. Again, pelbagai jenis dan gred.

Satu perbezaan lagi, kedai sensei kebanyakkannya tiada meja untuk tea session atau sesi bancuh teh, manakala kedai teh pula pasti ada tempat atau meja khas untuk tea session atau sesi bancuh teh.

Meja teh untuk tea session
 
TeaZheng adalah sebuah kedai teh cina muslim. Fokus kami memang pada teh dan spesifik lagi puerh tea. Herba-herba cina lain khas untuk ubatan (TCM) memang kami tak jual. Ada sebab kami tak jual antaranya perlukan lesen dan juga kepakaran. Bukan boleh simply jual.

Kesimpulannya, jika nak herba cina, masuklah kedai sensei. Jika nak cari teh cina asli, carilah kedai teh cina. 😊

Hubungi kami untuk mengetahui info lanjut mengenai Yunnan Puerh Tea menggunakan link di bawah: 


TeaZheng
Kedai Teh Cina Muslim
Share:

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support