We bring you the best puerh tea from Yunnan. Contact us: 018 358 1121.

HISTORY

Sejarah teh puerh dikenalpasti bermula pada zaman Dinasti Han Timur (25-220 CE), di mana daun teh didapati telah dikeringkan menggunakan tenaga cahaya matahari di daerah Yunnan. Pohon teh di daerah ini mempunyai daun yang besar, lembut dan tangkai yang keras. Hari ini, teh puerh dengan daun liar yang lebar atau besar adalah amat dihargai dan berkualiti tinggi.


Teh puerh hijau yang dimampat dan dituai mempunyai sejarah perdagangan yang tersendiri bermula pada abad ketujuh. Bagi mengekalkan kualiti daun teh agar tidak rosak, pelbagai kaedah penapaian serta mampatan diwujudkan untuk menjadikan urusan pengangkutan lebih mudah. Teh puerh dikenalpasti mempunyai keunikan yang tersendiri. Makin lama process penapaian yang di ambil, maka makin tinggi kualiti teh puerh tersebut. Oleh yang demikian, pergudangan teh puerh telah di jadikan amalan untuk penyimpanan dan penapaian teh puerh. Di Tibet, daging lembu dan daging kambing merupakan makanan ruji penduduk di sesetengah kawasan. Penduduk di kawasan ini mendapati, amalan minum teh puerh telah membantu proses penghadaman dan membekalkan keperluan nutrient yang tidak diperolehi dari diet harian yang lain. Selain itu, harga teh puerh tidak membebankan. Oleh yang demikian, amalan minum teh puerh menjadi popular di kawasan-kawasan ini dan masih kekal sehingga ke hari ini.


Maharaja-maharaja China menjadikan amalan minum teh puerh untuk kesihatan tubuh badan serta untuk lanjut usia kerana teh puerh dipercayai dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan keremajaan kulit terutamanya teh yang dihasilkan dari sumber yang terbaik. Pada zaman Dinasti Qing (1644-1911), teh puerh dari daerah Simao di Yunnan merupakan teh yang paling dikagumi dan digemari oleh pemerintah Yongzheng, iaitu pemerintah kedua pada zaman Dinasti Qing. Di dalam istiadat-istiadat penghormatan, teh puerh mempunyai nilai yang amat tinggi di mana ianya digunakan sebagai hadiah kepada mahkamah diraja dan juga sebagai satu simbol penghormatan. Selain amalan diraja, pemberian teh juga diprakktikan dalam perniagaan. Menurut catatan sejarah, maharaja Qing yang terakhir iaitu Fu Yi (juga dikenali sebagai Pu Yi) pernah berkata, “minum Loong Jien (Dragon Well Green Tea) pada musim panas dan teh puerh pada musim sejuk. Minum teh puerh adalah bagaikan seorang ahli keluarga diraja.


#TeaZheng
#PuerhTea


0 comments:

Post a Comment

Ingin lebih jelas whatsapp ajer terus..

Contact Us!

Contact Us!

HALAL FROM YUNNAN

HALAL FROM YUNNAN

Featured Post

SIMTOM LEPAS RAYA - LEGAKAN DENGAN PUERH TEA TEAZHENG

Mesti ada yang mengalami seperti gambar di atas kan? Semuanya gara-gara pemakanan. Pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur sepanjang ...

About Me

My photo
I am puerh tea addict! You may ask me about puerh tea via 018 3581121.
Powered by Blogger.

PROMOTION

Total Pageviews

Definition List

Definition List

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

KAMI BAWAKAN YANG ASLI

Ordered List

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support