Teh puerh akan
melalui beberapa siri proses penapaian (fermentation) yang biasanya mengambil
masa 30 hingga 40 hari, malah kadangkala sehingga berpuluh tahun. Proses
penapaian ini akan memberikan rasa yang unik kepada ke atas teh puerh.
Bukan setakat rasa sahaja yang unik, proses ini juga berpotensi memberikan
banyak manfaat serta kebaikan ke atas teh puerh yang tidak dimiliki oleh
mana-mana teh yang lain. Teh puerh yang berasal dari daerah Yunnan, China telah
iktiraf sebagai teh yang paling banyak member khasiat ke atas tubuh badan
selama lebih 2000 tahun.
Menurunkan berat badan
Teh puerh
terbahagi kepada dua jenis iaitu teh puerh hijau dan teh puerh merah. Teh puerh
hijau telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan menurunkan berat badan,
menurut Prof. Dr. Craig Coleman di Universiti Connecticut. Antioksida yang
terdapat dalam teh puerh hijau menolong memetabolismekan lemak (mengecilkan
saiz-saiz lemak). Di dalam kajian tersebut, peserta yang mengamalkan minum teh
puerh hijau dapat menurunkan berat badan secara konsisten berbanding dengan
peserta yang tidak mengamalkan minum teh puerh hijau (menurut Coleman pada
tahun 2010 di dalam artikel bertajuk "Slim Chance Green Tea Can Burn Fat
Off").
Merendahkan paras kolesterol dalam badan
Di Asia dan
Eropah, amalan meminum teh telah dikaitkan dengan salah satu alternative
perubatan terhadap kesihatan tubuh badan terutamanya di kalangan masyarakat
Cina lebih dari seribu tahun yang lalu. Kajian yang telah dijalankan di France
dan Yunnan Kunming Research Center, China menunjukkan teh Yunnan atau teh puerh
berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah yang terbentuk di arteri.
Kajian yang di jalankan menunjukkan 55 pesakit yang telah diberikan satu cawan
teh puerh untuk tiga kali sehari telah menunjukkan penurunan paras kolesterol
di dalam darah sebanyak 64.29%.
Kaya dengan aktioksida
Mengikut
penyelidikan in vitro yang diterbitkan oleh “International Journal of molecular
Science”, pada 2001, tindakan antioksida yang terkandung di dalam teh puerh
sangat bermanfaat untuk merawat ketumbuhan (tumors). Penyelidik mendapati
bahawa teh puerh menghalang pertumbuhan tumor melalui pelbagai mekanisme (ujian
ke atas haiwan) dan ini menunjukkan bahawa ia mungkin mempunyai keupayaan yang
sama pada manusia. Terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan
berkaitan kesan-kesan antioksida teh hijau. Namun, penyelidikan ke atas
kesan-kesan antioksida teh puerh masih berkurangan berbanding teh hijau yang
lain. Walau bagaimanapun, kajian yang diterbitkan oleh “Journal of Agricultural
and Food Chemistry” pada 2004, menunjukkan bahawa teh puerh mempunyai jumlah
serta ciri-ciri aktiviti antioksida yang sama sebagaimana teh hijau dan juga
teh Oolong.
Penyakit Kardiovaskular dan ganguan metabolik
Salah satu
manfaat yang diperolehi dari mengamalkan meminum teh puerh adalah keupayaannya
menurunkan paras kolesterol dalam darah. Satu kajian yang diterbitkan oleh
jurnal "Experimental Gerontology" pada tahun 2009 mendapati
haiwan ujikaji (tikus) yang diberi minum teh puerh menunjukkan penurunan
paras koleterol jahat atau LDL yang ketara dan dalam masa yang sama ujikaji
menunjukkan terdapat peningkatan terhadap paras kolesterol baik atau
“cardioprotective HDL”. Teh puerh juga telah terbukti sangat bermanfaat kepada
pesakit-pesakit yang menderita akibat dari gangguan metabolic - penyakit yang
membawa factor berisiko untuk kumpulan penyakit kardiovaskular
seperti tekanan darah tinggi, kolesterol HDL rendah atau LDL tinggi, gula dalam
darah yang tinggi (kencing manis), kandungan lemak dalam badan yang tinggi
serta kegemukan (obesity). Penyelidik di Universiti Beijing mendapati bahawa
teh puerh berupaya merawat penyakit yang berpunca dari gangguan metabolic
dengan menurunkan kandungan lemak atau obesity, menyesuaikan kandungan lipid
dalam darah, merendahkan kandungan gula dalam darah dan mencegah pengoksidaan
plak kolesterol.
Kesan ke atas kesihatan kulit
Proses
pembuatan teh puerh yang unik dan melibatkan proses penapaian yang panjang
telah dikenalpasti mempunyai banyak kebaikan ke atas tekstur kulit pengamal teh
puerh. Oleh kerana teh puerh membantu dalam proses penghadaman serta dapat
menyingkirkan toxin dari badan, teh ini berupaya menyelesaikan masalah jerawat
yang disebabkan oleh sembelit. Selain itu, teh puerh membaiki peredaran darah
supaya lebih lancar. Apabila perdaran darah lebih lancar, kulit kusam dapat
dibaikpulih termasuk pelbagai parut yang tidak dingini. Teh puerh juga tinggi
kandungan catechins melebihi pelbagai teh yang lain. Ini bermakna, teh puerh
tinggi kandungan polyphenols, sebatian yang membantu melawan penuaan kulit.
Kesihatan mulut, pencegahan kerosakan gigi dan nafas berbau
Flavonoids
(terutamanya catechins) yang terdapat dalam teh puerh berupaya untuk menghalang
pertumbuhan bacteria kariogenik dengan menghalang pertumbuhan plak bakteria
pada permukaan gigi. Polyphenols yang terdapat dalam teh hijau dan teh merah
boleh menyekat bakteria dari menghasilkan sebatian-sebatian yang menghasilkan
bau yang tidak menyenangkan seperti hydrogen sulfida di dalam mulut. Kajian
menunjukkan tannin dan florida yang terdapat dalam teh puerh menghalang
kerosakan gigi (Otake S, Makikura M, Kuroki T. 1991).
Berikut merupakan ringkasan khasiat teh puerh kepada kesihatan tubun badan:
- Teh puerh membantu memecahkan sel-sel lemak dalam badan, meningkatkan metabolisma badan sekaligus membantu dalam menurunkan berat badan serta mencapai berat badan ideal.
- Teh puerh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
- Membantu menurunkan tekanan darah serta stress.
- Teh puerh membantu meningkatkan aliran darah dan membantu meningkatkan peredaran darah.
- Tinggi kandungan antioksidan; bertindak membantu melawan proses penuaan. Teh puerh juga memberi perlindungan daripada sinaran ultraungu yang merosakkan kulit.
- Teh puerh membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser.
- Teh puerh membantu melancarkan proses penghadaman makanan sekaligus mengatasi masalah sembelit.
- Teh puerh juga membantu mengurangkan risiko penyakit gout.
- Mengurangkan risiko serangan stroke.
- Teh puerh bertindak sebagai “detox tea”. Membantu menyingkirkan toksin dari badan.
- Teh puerh membantu melegakan sakit-sakit badan seperti sakit kepala dan lenguh-lenguh badan akibat keletihan (membantu memberi kesegaran dan tenaga kepada badan).
- Teh puerh membantu dalam meningkatkan fungsi otak seperti kecerdasan mental dan pemikiran yang tajam.
#TeaZheng
#Puerhtea
0 comments:
Post a Comment